Tampilkan postingan dengan label bukti. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bukti. Tampilkan semua postingan

Saya Akan Sahut Cabaran Neelofa Untuk Tampilkan Bukti – Anzalna

Senin, 11 Agustus 2014



Menerusi BiPop semalam, Anzalna akhirnya menyahut cabaran Neelofa untuk mengemukakan bukti atas segala dakwaan yang telah dikatakan sebelum ini. Untuk makluman, Neelofa di dalam sidang media yang diadakan telah menghantar notis tuntutan supaya Anzalna menunjukkan bukti yang Neelofa mereka Facebook Page “Kami Benci Anzalna” dan tulisan menghina Anzalna di Facebook keluarga Neelofa.
anzalna bukti
Anzalna yang ditemuramah oleh Zubir berkata:-
Kini, saya perlu bekerjasama dengan SKMM untuk menemui penjelasan dan memperkukuhkan bukti berhubung semua dakwaan saya terhadap Lofa tempoh hari. Bagi saya, apa yang didedahkan menerusi BiPop tempoh hari adalah cerita betul, saya ada bukti. Cuma, beri saya waktu, insya-Allah dengan kerjasama SKMM akan memudahkan lagi proses penemuan bukti FB yang diminta pihak Lofa.
Abang Nara agak pelik sebab sebelum ini rasanya Anzalna kata ada “print screen” semua bukti-bukti yang telah didedahkan. Secara jujur Abang Nara rasa memang agak sukar untuk mendapatkan identiti pihak yang mereka Facebook Page tertentu. Kata Anzalna lagi:-
Saya akan sahut tuntutan mahupun cabaran pihak Lofa supaya saya memberi penjelasan, sekali gus menampilkan bukti yang diminta. Mudah-mudahan dengan kerjama SKMM segala bukti yang sudah dihilangkan mampu dikembalikan. Saya yakin dengan kemampuan SKMM dalam menangani masalah ini. Saya akan minta peguam untuk menghubungi SKMM supaya penjelasan bukti yang mereka(pihak Lofa) tuntut mampu diberikan dalam jangk masa yang ditetapkan. Saya akan berusaha sehingga bukti itu ditampilkan.
Hmmmmmm. Secara jujur, Abang Nara rasa SKMM mungkin dapat membantu tetapi tak pasti mereka dapat membantu sehingga ke tahap mendapatkan identiti si pencipta FB page. Mungkin ada di antara anda yang pandai IT boleh memberikan sedikit penerangan tentang hal ini. Kepada Anzalna, semoga berjaya mendapatkan bukti-bukti untuk menunjukkan anda berada di pihak yang benar.
Read More..

Penggunaan istilah Wang ehsan’ bukti Umno tidak bertanggungjawab

Minggu, 02 Maret 2014

Harakahdaily

Muhammad Faizal, 01 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan penggunaan istilah ‘wang ehsan’ adalah menggambarkan sikap yang tidak bertanggungjawab Umno.

Malah apabila istilah wang ehsan digunakan maka mereka yang menerima wang tersebut boleh berbelanja mengikut kehendak serta boleh disalahguna.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, selain ia boleh disalahgunakan, wang tersebut juga tidak boleh diaudit oleh sesiapa.

"Istilah wang ehsan telah direka ciptakan oleh Umno apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS sebelum ini dan bagi saya penggunaan istilah ini adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab.

"Kita tahu wang ehsan boleh dibelanjakan sesuka hati dan tidak boleh diaudit oleh sesiapa sahaja, malah bila keadaan ini wang tersebut senang disalahgunakan oleh mereka yang menerimannya," katanya di lobi parlimen.

Salahuddin juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengikuti apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian Petronas sebelum ini dengan menggugurkan istilah wang ehsan kepada royalti.

"Najib perlu kembali kepada landasan yang sebenar, apabila istilah wang royalti digunakan maka setiap wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri.

"Ini akan meletakkan satu sikap kebertanggungjawaban terhadap sumber tersebut terutamanya dalam soal perbelanjaan, kita mahu apabila segala wang yang disalurkan dibelanjakan dengan betul bukannya disalahgunakan," sambung beliau lagi.

Beliau yang sebelum itu merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri berhubung penemuan baru minyak di pengairan Negeri Pahang, yang mana Najib menyatakan Pahang berkemugkinan akan mendapat RM100 juta setahun wang ehsan dari sumber tersebut.

"Saya menyeru rakyat Pahang mengambil peluang dalam soal ini kerana apabila Pakatan Rakyat memerintah, Pahang akan mendapat lebih dari yang dijanjikan oleh Najib kerana Pakatan menetapkan 20 peratus untuk bayaran royalti.

"Selain itu juga istilah wang ehsan tidak akan digunakan dan ini bagi memastikan tidak ada penyelewengan berlaku apabila wang tersebut disalurkan kepada kerajaan negeri," kata beliau lagi.
template joomla
Read More..