Tampilkan postingan dengan label punca. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label punca. Tampilkan semua postingan
Komitmen Punca Noh Geng Hujan Renggang
Kamis, 27 Februari 2014

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan anggota kumpulan tersebut tidak sehaluan dan akan berpecah.
Sementara itu, jelas Noh, penglibatannya bersama dalam kumpulan Da Vagabonds adalah sebagai projek sampingan semata-mata dan tidak menjejaskan perjalanan kumpulan Hujan.
“Kami masing-masing ada projek kumpulan lain namun ia bukanlah keutamaan, bukan saya sahaja, malah AG Coco dan Izat juga ada komitmen dan kumpulan mereka sendiri,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Noh berkata peluang mengadakan konsert di DFP merupakan satu penghargaan buat Hujan sebagai artis berkumpulan pertama yang akan beraksi di pentas tersebut.
“Kami mohon untuk buat konsert di sana sejak 2011 lagi tapi baru sekarang dapat dan ia merupakan satu peluang yang akan kami gunakan sebaik mungkin.
“Hujan merupakan kumpulan pertama yang dibawa ke pentas DFP itu dan saya rasa sangat berbangga,” ujarnya. – mStar Online
Pekerja asing punca peningkatan tibi
Minggu, 02 Februari 2014

Datuk Dr S Subramaniam
KUALA LUMPUR - Kebanjiran pekerja asing adalah antara punca peningkatan penyakit batuk kering atau tuberkulosis (tibi) dikesan di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.
“Terdapat 58 kes untuk populasi 100,000 pada 1995 dan meningkat kepada 63 kes untuk populasi yang sama pada 2008 iaitu 16,000 kes setahun. Ia juga meningkat kepada 18,000 kes pada 2010.
“Pada 2011, sebanyak 20,000 kes dilaporkan berlaku dan menyebabkan sebanyak 1,600 kematian.
“Antara punca kenaikan adalah kerana 12 hingga 13 peratus pesakit adalah dalam kalangan pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pemeriksaan Perubatan dan X-Ray Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) untuk Pekerja Asing, semalam.
Dr Subramaniam berkata, terdapat seramai 1.3 juta pekerja asing di negara ini pada 2008, menurun kepada 1.02 juta pada 2009, 951,943 orang pada 2010, 935,043 orang pada 2011 dan meningkat kepada kira-kira 1.3 juta tahun lepas berikutan pelaksanaan program pemutihan 6P untuk pekerja asing tanpa izin.
Subramaniam menegaskan sebarang pekerja asing yang ingin bekerja di negara ini perlu menjalani dua saringan masing-masing satu di negara asal dan satu di Malaysia.
“Walaupun ada yang melepasi saringan di negara asal tetapi ada juga yang gagal lepasi saringan di sini dan kita terus hantar mereka pulang. Kita harapkan saringkan pemeriksaan di negara asal mereka dapat ditingkatkan,” katanya sambil menambah pekerja asing yang gagal melepasi saringan itu adalah dari Indonesia, Nepal, Bangladesh dan Myanmar.
Dr Subramaniam berkata, ketika ini terdapat tiga hingga tujuh peratus dari 1.3 juta pekerja asing yang tidak menjalani kedua-dua saringan dan dikesan menghidap pelbagai penyakit seperti tibi, hepatitis B, syphilis, HIV dan leprosy.
Beliau berkata, kementerian akan mengambil tindakan pantas jika penyakit-penyakit itu contohnya tibi dilaporkan, dengan membuat saringan menyeluruh dalam komuniti pesakit serta mengambil tindakan dalam kawasan itu bagi mengelakkan penularan dan jangkitan.
Terdahulu, Dr Subramaniam berkata, beliau percaya inisiatif Fomema ketika ini mampu mengurangkan kadar kehadiran penyakit dari negara luar sekali gus meningkatkan taraf dan menambah baik fasiliti dan kemudahan kesihatan di negara ini.
Fomema mula dilaksanakan pada 1997 bertujuan untuk menguruskan program wajib bagi ujian saringan kesihatan bagi semua pekerja asing yang berdaftar untuk bekerja di negara ini dan memastikan semua pekerja asing ini bebas daripada penyakit berjangkit. - Bernama
Langganan:
Postingan (Atom)