Tampilkan postingan dengan label terima. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label terima. Tampilkan semua postingan
PM Terima Kunjungan Hormat SU Pertahanan AS
Senin, 03 Maret 2014

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel di sini hari ini.
Hagel, diiringi Ketua Staf Mark Lippert dan Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat Lee McClenney meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama Najib.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Hagel yang tiba di negara ini semalam dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia, sebagai sebahagian daripada program kunjungannya ke empat negara di Asia Tenggara. – BERNAMA
Sampai kiamat Islam tak terima tuntutan mereka
Minggu, 09 Februari 2014

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
SAMPAI kiamat pun Islam tidak akan terima tuntutan yang dibuat Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kerana ia bercanggah dengan Islam dan kedudukannya sebagai agama Persekutuan.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tuntutan itu lebih bersifat hak asasi manusia, bukan hak beragama Islam.
“Saya lihat Comango memperjuangkan hak itu (tuntutan) berdasarkan pentakrifan mereka tentang sesuatu agama kerana golongan sebegini diibaratkan seperti tiada Tuhan.
“Malah mereka percaya apa yang diperjuangkan lebih suci dan perlu dipenuhi. Padahal Islam menganggap tuntutan itu adalah kufur serta salah di sisi agama,” katanya.
Dr Asri berkata, umat Islam tidak akan membiarkan tuntutan Comango yang telah diamalkan di beberapa negara barat seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, dihalalkan di negara ini.
Katanya, Comango tidak sepatutnya membuat tuntutan sedemikian, malah mereka sepatutnya menghormati agama ini sebagai satu budaya dalam masyarakat.
Beliau yakin, umat Islam tidak akan mengiktiraf tuntutan sedemikian kerana Islam mempunyai pegangan tersendiri.
“Kita berpegang pada al-Quran dan hadis. Saya yakin tidak mungkin berjaya membuat tuntutan itu di negara Islam meskipun mereka berjaya di negara Kristian.” katanya.
Langganan:
Postingan (Atom)