Index»
bermula
»
chow
»
hari
»
ini
»
kit
»
operasi
»
pasar
»
pembersihan
»
Operasi Pembersihan Pasar Chow Kit Bermula Hari Ini
Operasi Pembersihan Pasar Chow Kit Bermula Hari Ini
Minggu, 16 Maret 2014
KUALA LUMPUR – Pasar Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit ditutup selama dua hari mulai hari ini bagi memberi laluan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora menjalankan aktiviti operasi pembersihan.
Operasi pembersihan bersepadu yang julung kali diadakan selepas lapan tahun itu melibatkan kira-kira 1,000 pekerja Alam Flora, DBKL, peniaga dan penjaja di pasar berkenaan.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sosio-Ekonomi) DBKL, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata operasi pembersihan ini bertujuan mengurangkan populasi tikus yang sering dikaitkan dengan pasar ini selain persediaan bandaraya menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2014.
“Operasi ini mengggunakan jentera penyedut dan penembak air di mana sebelum ini kerja-kerja pembersihan sukar menembusi premis-premis kerana aktiviti perniagaan yang sibuk setiap hari,” katanya dalam sidang media sempena penutupan dan operasi pembersihan pasar tersebut di sini, hari ini.
Katanya, operasi pembersihan juga melibatkan usaha memerangkap dan meracun tikus, menurap semula jalan-jalan yang berlubang, melupuskan barang-barang yang tidak diperlukan dan menjalankan kerja simen semula lantai restoran yang rosak sekitar pasar.
“Tikus-tikus ini akan dikutip pada keesokan harinya dan kerja-kerja pembersihan akan terus berjalan sehingga petang di mana kita akan pastikan ia benar-benar bersih sebelum dibuka semula hari berikutnya,” katanya.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan dan Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Rosli Sulaiman.
Mengulas lanjut, Mhd Amin berkata, DBKL juga akan terus memantau tahap kebersihan di pasar Chow Kit selepas operasi ini dan tidak akan teragak-agak mengenakan kompaun, menyita barang-barang atau membatalkan lesen peniaga dan penjaja jika gagal mematuhi arahan kebersihan, sebanyak tiga kali berturut-turut.
Beliau turut menegaskan para peniaga dan penjaja supaya berdisiplin dalam menjaga kebersihan premis masing-masing dengan membuang sampah ke dalam tong RoRo yang disediakan sekali gus mengelak kewujudan tikus, lipas dan binatang perosak lain.
Pasar Chow Kit mempunyai seramai 1,139 peniaga dan penjaja.
Dari Januari hingga 10 Nov tahun ini, sebanyak 7,385 tikus berjaya ditangkap di pasar berkenaan termasuk kempen ’1 Tikus 1 Ringgit’ bermula 13 Mac hingga 12 Mei lepas.
Beliau berkata, selain Pasar Chow Kit, Pasar Pudu dan Pasar Keramat akan turut melalui proses pembersihan yang sama.
Dalam pada itu, bagi menyediakan pasar basah bertaraf pasar raya yang lebih bersih dan selesa, Mhd Amin berkata proses pemindahan para peniaga ke tapak sementara akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga pembinaan bangunan kekal yang dijangka siap, dalam tempoh tiga tahun.
Sehingga kini seramai 110 peniaga dan penjaja telah berpindah ke tapak sementara yang baharu. – BERNAMA
Related Posts : bermula,
chow,
hari,
ini,
kit,
operasi,
pasar,
pembersihan
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar