Tampilkan postingan dengan label ini. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ini. Tampilkan semua postingan

Operasi Pembersihan Pasar Chow Kit Bermula Hari Ini

Minggu, 16 Maret 2014


KUALA LUMPUR – Pasar Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit ditutup selama dua hari mulai hari ini bagi memberi laluan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora menjalankan aktiviti operasi pembersihan.

Operasi pembersihan bersepadu yang julung kali diadakan selepas lapan tahun itu melibatkan kira-kira 1,000 pekerja Alam Flora, DBKL, peniaga dan penjaja di pasar berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sosio-Ekonomi) DBKL, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata operasi pembersihan ini bertujuan mengurangkan populasi tikus yang sering dikaitkan dengan pasar ini selain persediaan bandaraya menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2014.

“Operasi ini mengggunakan jentera penyedut dan penembak air di mana sebelum ini kerja-kerja pembersihan sukar menembusi premis-premis kerana aktiviti perniagaan yang sibuk setiap hari,” katanya dalam sidang media sempena penutupan dan operasi pembersihan pasar tersebut di sini, hari ini.

Katanya, operasi pembersihan juga melibatkan usaha memerangkap dan meracun tikus, menurap semula jalan-jalan yang berlubang, melupuskan barang-barang yang tidak diperlukan dan menjalankan kerja simen semula lantai restoran yang rosak sekitar pasar.

“Tikus-tikus ini akan dikutip pada keesokan harinya dan kerja-kerja pembersihan akan terus berjalan sehingga petang di mana kita akan pastikan ia benar-benar bersih sebelum dibuka semula hari berikutnya,” katanya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan dan Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Rosli Sulaiman.

Mengulas lanjut, Mhd Amin berkata, DBKL juga akan terus memantau tahap kebersihan di pasar Chow Kit selepas operasi ini dan tidak akan teragak-agak mengenakan kompaun, menyita barang-barang atau membatalkan lesen peniaga dan penjaja jika gagal mematuhi arahan kebersihan, sebanyak tiga kali berturut-turut.

Beliau turut menegaskan para peniaga dan penjaja supaya berdisiplin dalam menjaga kebersihan premis masing-masing dengan membuang sampah ke dalam tong RoRo yang disediakan sekali gus mengelak kewujudan tikus, lipas dan binatang perosak lain.

Pasar Chow Kit mempunyai seramai 1,139 peniaga dan penjaja.

Dari Januari hingga 10 Nov tahun ini, sebanyak 7,385 tikus berjaya ditangkap di pasar berkenaan termasuk kempen ’1 Tikus 1 Ringgit’ bermula 13 Mac hingga 12 Mei lepas.

Beliau berkata, selain Pasar Chow Kit, Pasar Pudu dan Pasar Keramat akan turut melalui proses pembersihan yang sama.

Dalam pada itu, bagi menyediakan pasar basah bertaraf pasar raya yang lebih bersih dan selesa, Mhd Amin berkata proses pemindahan para peniaga ke tapak sementara akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga pembinaan bangunan kekal yang dijangka siap, dalam tempoh tiga tahun.

Sehingga kini seramai 110 peniaga dan penjaja telah berpindah ke tapak sementara yang baharu. – BERNAMA
Read More..

Wow! Orang Indonesia Ini Menjadi Pemilik iPhone 5S Pertama Di Dunia

Jumat, 21 Februari 2014

Wow! Orang Indonesia Ini Menjadi Pemilik iPhone 5S Pertama Di Dunia

Australia menjadi negara pertama yang menjual iPhone 5S, namun siapa sangka ternyata orang pertama yang membelinya adalah orang Indonesia?

Desainer grafis asal Indonesia yang tinggal di Benua Kangguru tersebut bernama Jimmy Gunawan, yang telah mengantri tengah malam sebelumnya sehingga mendapatkan antrian pertama.

Jimmy membeli dua unit iPhone 5S tersebut seharga 2000 dolar Australia, satu untuk dirinya, dan satunya lagi buat ibunya yang tinggal di Indonesia.

Jimmy mengatakan bahwa antrian tahun ini lebih sepi karena harga iPhone 5S dan iPhone 5C yang sangat mahal.
Tahun lalu saya datang kemari pada waktu yang sama dan sudah ada 20 orang mengantre sebelum saya. - Jimmy Gunawan
Bagaimana pendapat Anda tentang hal tersebut?
Read More..

Wanita Ini Pengsan Ketika Tahu Kekasihnya Berumur 60 Tahun

Senin, 30 Desember 2013





INDIA - Suara boleh menipu usia. Itu pula yang dialami seorang gadis berumur 23 tahun dari Kerala, sebuah negara bahagian di India.

Selama lebih dari setahun, si gadis yang tak disebutkan namanya, terlena dengan hubungan asmara melali telepon. Dia sangat jatuh cinta dengan lelaki itu.   Tak puas hanya berhubungan di udara, si gadis lantas berniat kopi darat dengan pacar misterinya.

Lulusan pascasarjana teknik mesin, lantas bepergian ke Kannaur (masih di wilayah Kerala), untuk melihat dari dekat lelaki yang selama ini hanya dia kenal melalui  suara. Demikian dilaporkan NDTV, seperti dikutip laman Emirates247.com, Rabu (14/11/2012).

Si gadis sebelumnya sudah sepakat akan bertemu lelaki impiannya di sebuah perhentian bas. Namun, sang putera tak kunjung muncul. Kerana menunggu berjam-jam, orang-orang curiga dengan kehadiran si gadis. Mereka lantas melapor ke polis  tentang hal ini.

Si gadis kemudian dibawa kebalai  polis , lalu disoal siasat. Ketika wanita itu menceritakan kisahnya kepada polis , dia diminta menyerahkan nombor telepon kekasihnya.

Polis  lalu memancing sang pacar misteri itu , untuk datang ke balai  polis .  Lelaki itu pun datang, si gadis pengsan, ketika melihat bahawa pacarnya ternyata seorang lelaki berumur sekitar 60 tahun.
Tanpa merasa bersalah, si  lelaki itu  mengaku hanya ingin bersenang-senang dengan si gadis, dan tidak pernah berniat bertemu secara langsung. Polis  kemudian meminta orangtua si gadis untuk menjemput puterinya pulang. (*)
 TRIBUNNEWS.COM
Read More..